KAWASAN YANG MENARIK part I


Kampung Budaya Sarawak



Terletak 45 minit perjalanan dari bandar Kuching adalah Kampung Budaya Sarawak, sebuah muzium hidup yang dibina untuk anda melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan masyarakat etnik di sini.
Di sini anda boleh merasa menaiki jambatan buluh dan masuk ke rumah panjang Bidayuh dan melihat pelbagai peralatan tradisi mereka.
Anda juga boleh berjalan masuk ke pelbagai replika rumah etnik di Sarawak, termasuklah ke dalam sebuah rumah mesyuarat kaum Bidayuh yang dipanggil Baruk. Tempat ini bukan saja diguna untuk perjumpaan penting tetapi juga tempat meletak kepala-kepala musuh yang telah dipenggal dan menyimpan senjata-senjata penduduk yang tinggal di rumah panjang.
Tetapi mungkin kerana tiket masuk ke sini agak mahal, perkampungan di kaki Gunung Santubong ini lebih popular dikalangan pelancong asing berbanding tempatan.

Harga Tiket

Dewasa : RM 60 (~$14.05)
Kanak-kanak: RM 30 (~$7.02)

Waktu Persembahan

Setiap hari : 11:30 pg & 6:00 ptg


0 ulasan: